Edisi Cuci Mata

Thursday, October 29, 2009

Zhaneez-Craft Giveaway

Salam seme...

Contest...Giveaway...Contest...Giveaway...mmg dah takde keje ayu ni kan? klu dulu...seblm ada blog,tak pernah t'pikir nak join contest n giveaway ni.kat luar ni pun kemain byk contest,tapi tak pernah b'minat nak join.sebabnya....kena buat slogan daaa...dah tu nak kena ada bukti p'belian.mcm2 nak kena sertakan.dari ada rasa nak join,terus hilang mood.

tapi bila dah ada blog n slalu lak blog hopping,rasa nak take part dlm contest n giveaway ni slowly muncul.tu pun depends on T&C nya gak.klu byk sgt songeh...tak kuasa gak nak nyibuk sama.so giveaway kali ni organize by Zhaneez-Craft.suka tgk hasil keje zhaneez yg kiut miut tu.minat gak dgn felt craft ni.tapi disebabkan ayu ni teramat la 'rajin' menjahit,tu yg tak siap2 felt craft ayu.




hm...cantik tak hair clips ni? cantik kan? zhaneez kait s'diri tu.rajinnya! klu nak tau...ni la hadiah utk pemenang giveaway ni.so pada sesape yg nak join tu...sila la ke blog Zhaneez-Craft utk maklumat lanjut.

Wednesday, October 28, 2009

FRAMES

Lavender frames...



Sunday, October 25, 2009

Jundeco Sticker Contest

Apa...Contest lagi?? lately byk blogger yg anjurkan contest n giveaway.nak dgn tak nak utk ambik bahagian.ayu lak tgk pada contest.klu rasa mampu utk memenuhi syarat yg ditetapkan,ayu akan join.

Nak tau contest apa yg ayu ambik bahagian kali ni? hm...apalagi klu bukan Jundeco Sticker Contest yg dianjurkan oleh Mombloggersplanet n Jundeco Stickers & Muchmore. tadi pi la mengular ke sana,mata ni t'pegun sat tgk wall sticker yg dijual.cantik2 belaka...mula la otak ni berangan nak hias umah baru dgn sticker tu nanti.padahal umahnya masih dlm p'buruan.ala....bukannya kena bayar pun klu berangan kan.

Kat bawah ni antara wall sticker yg menambat hati ayu....




cantik kan klu tampal kat master bedroom? hmmm...




ni plak utk bilik my princess...so sweet isn't it?




ni lak for my little hero...


Amboi!!! tingginya angan2.nampaknya kena keje keras la pasni klu nak jadikan impian ni satu kenyataan.insya-Allah....lagipun harga yg ditawarkan amat berpatutan n cara penampalannya takde la serumit mana.rasanya lagi susah buat decoupage.ok...now kita tgk lak hadiah2 yg disediakan utk para pemenang...


1x First PrizeRM100 worth of stickers

1x Second PrizeRM80 worth of stickers

1x Third PrizeRM60 worth of stickers


Boleh tahan kan hadiah yg ditawarkan.jom la join contest ni.tak tau camne nak turut serta? teruskan m'baca sampai abis ye.

  1. Go to Jundeco Stickers and look around for the stickers design that you like
  2. Create a blog entry about this contest
  3. Tell about your favorite wall sticker design(s). One short sentence will do.
  4. Put the link to Jundeco Stickers, MomBloggersPlanet and this contest page in your entry
  5. Put the contest banner on your sidebar with link to this contest page
  6. Leave a comment here with link back to your blog entry

The winners will be decided by a lucky draw and one blog entry is given one lucky draw ticket. You can increase your chance of winning if you also do optional items 2 to 5 below.

  1. One blog entry with contest banner on sidebar – 1 ticket Done
  2. Follow/Join MomBloggersPlanet with Google Friend Connect – 1 ticket Done
  3. Follow MomBloggersPlanet on Twitter – 1 ticket Done
  4. Subscribe to MomBloggersPlanet Feedburner – 1 ticket Done
  5. Subscribe to Jundeco Stickers Feedburner – 1 ticket Done

Nak tau Terms & Condition selanjutnya, sila lawati Mombloggersplanet ye.



Saturday, October 24, 2009

Finally...


Salam seme...


Akhirnya berjaya gak ayu menyiapkan tempahan kakakku nan seorg tu.maaf ye kak...sbb lambat sgt siapkan brg akak.ampun! memang tempahan kali ni agak lewat disiapkan dari tarikh yg dijanjikan.sebabnya....i'm lack of idea!!! betul2 kebuntuan idea.

Puas korek sana sini tapi semenya mcm tak best je.try la skodeng hasil keje kawan2 yg lain kot2 boleh bagi inspirasi pd diri ni,tapi tak gak menjadi.then usha lak tisu.seme tisu yg dirasakan sesuai utk tin tu,semenya ayu beli.tapi bila dah sampai kat tangan ni,semenya reject.ada je yg tak b'kenan dimata.uuwwaaa....tension betul la!

Pulak tu gunting yg selalu ayu gunakan utk gunting tisu2 MIA ntah kemana.jenuh cari satu umah,tak jumpa gak.seminggu b'pusing...paksa pale ni ingatkan balik kat mana tempat t'akhir ayu letak gunting tu,tapi mmg tak boleh nak recall.jammed!!! akhirnya beli gunting lain.no choice!! tapi baru je gunting setengah tisu,dah rasa tak best sbb feelnya tak sama mcm guna gunting lama.tak smooth! but at last ayu jumpa gak gunting yg dicari.t'selit dlm beg yg ayu simpan kat stor rupanya.aaddeehhh.....macam2 hal! ok...cukup la setakat ni ayu b'celoteh.panjang sgt dah ni.so apa kata kita cuci mata dgn hasil keje ayu yg t'baru ni....







macam biasa....pada mereka yg berminat nak tempah,boleh email ayu ye.tq!


Thursday, October 22, 2009

Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel


Salam seme...


N3 kali ni still out of topics.memanjang jela yg kuar topik kan.what to do....bukan takde projek yg dah siap,tapi nak mintak permission dulu dari tuannya samada boleh ditayang sekarang or kena tunggu dia terima barangnya dulu baru leh posing kat sini.klu dia bagi tayang sekarang,insya-Allah esok ayu buat tayangan amal.klu tak...kena la tunggu next week.ok?

Tadi saja jejalan ke blog babyibu sbb nak tgk result si comel berbaju raya contest dah kuar ke belum.skali t'pandang la kat bloglist ibu ada contest anjuran babyintan.try la pi sana sbb nak tgk syarat2 penyertaan.tapi bila dok ingat2 balik,rasanya ayu takde ambik gambar anak2 ayu dlm costume menarik.so cancel la! tapi ayu still melekat kat blog tu sbb geram tgk babynya yg cute tu.scroll down then t'baca la n3 pasal senyuma ceria si comel online contest anjuran Smileykidz Photography.tetiba lak terasa nak join.padahal tak dijemput pun.huh! sungguh tidak malu,kan?

Tapi disebabkan contest tu terbuka utk seme bloggers,so dgn muka selambanya ayu pun nyibuk sama.kali ni ayu m'pertaruhkan nasib dgn gambar lama ainnur n faris.gambar faris tu betul2 m'cuba nasib.klu sangkut...kira rezeki dia la.


Ainnur Nadzirah Mohd Faizal (3 tahun -11.10.2006)








Muhammad Faris Mohd Faizal (1 tahun 8 bulan - 09.02.2008)







nak tau apa syarat2 nya? jon kita tgk...


- Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda - Done
- Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini - Done
- Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai. - mcm biasa la...gila kuasa sat.maaf ye juri...sila la pilih mana yg b'kenan dimata n dihati.hehehe...
- Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya. - Done
- Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ (AMARAN: no link back will be disqualified) - Done
- Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini. - Done
- Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:


Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:

- Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
- Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
- Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
- Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
- Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
- Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
- Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
- SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
- SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
- Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira


dah tgk syarat2...kita tgk lak hadiahnya.yg pasti memang menarik...

Pemenang Utama x 1 org:
Outdoor fotografi selama 1 jam
~unlimited shots~
~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~

Pemenang sampingan x 2 org:
Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50



so pada mereka2 yg ada anak kecil seperti yg dinyatakan dlm syarat2 di atas,jom la join contest ni.tak salah m'cuba nasib kan?



Wednesday, October 21, 2009

Dah sampai....

Hah!! ingat tak N3 sebelum ni ayu ada review pasal eoe Online? nak tahu tak....ayu dah dapat pun gambar 50pcs saiz 4R n 2pcs saiz 8R secara percuma seperti yg dijanjikan oleh pihak eoe Online.baru je smpai...panas lagi ni.

ayu buat review 18 Oct malam....pagi 19 Oct ayu shoot email mengenai detail ayu ke pihak eoe Online n petangnya dah dapat feedback yg review ayu dah diterima.n today....ayu dah dapat pun gambarnya.pantas kan? memang puas hati betul la dgn service yg ditawarkan.kualiti gambarnya pun bagus.lps ni boleh la ayu hantar gambar yg lain pulak utk dicuci.

so pada kawan2 yg masih ragu2 lagi pasal blogger's review program anjuran eoe Online,cuba la review sekarang.insya-Allah mereka takkan mengecewakan anda selagi anda follow t&c nya.

antara gambar yang dicuci oleh eoe Online.kualiti gambar krg jelas sbb snap guna hp


Sesi panas enjin...


Salam seme....


punyala slow tuan umah ni kan,org dah smpai ke bulan...kita baru t'kedek2 nak panaskan enjin.ekceli dah lama siap projek ni tapi disebabkan beberapa faktor yg tak dapat dielakkan (alasan je tu...),so baru ni dapat ditayang kat sini.terketar2 tangan masa nak tampal tisu sbb dah t'lalu lama berehat dr keje tampal-menampal ni.

hm...ni ayu buatkan utk my ex-bos,Datin S.both tu bekas lotion.dia suruh make up kan.dia yg request nak kaler putih n bunga rose.ikutkan hati mmg ayu tak puas hati dgn hasilnya sbb time buat ni ayu kurang sihat.so hasilnya mcm org sakit gak le.nak godek2,takut makin byk keje nak kena buat n makin lambat siap.ni pun dah kira lambat.nasib baik la dia tak bising n puas hati dgn hasil keje ayu.thanks datin....


Sunday, October 18, 2009

Online Photo Printing Services

Salam seme....

Sementara menunggu ayu tayang my latest project kat sini,ayu nak citer skit pasal online photoshop.selama ni ayu cuma tau kedai utk cuci gambar kat luar tu je.rupanya zaman dah makin moden dan kita tak perlu bersusah payah keluar utk pi hantar cuci gambar kenangan kita kat luar sana tu.

yela...bukan seme org ada masa nak keluar.dgn jammed lagi...nak cari parking...banyak sgt halangan.tu masa nak pi hantar,belum masa ambik lagi.jadi bila ada online photo printing services mcm eoe Online ni,bukan saja memudahkan kerja kita tapi menjimatkan masa dan duit kita sebab harga yang ditawarkan pun murah.so watpe nak pening2 pale lagi kan?

hm...pasni leh la ayu hantar cuci gambar2 yg dah lama terperap dlm pc n thumbdrive kat eoe Online.bukan apa...takut kena hacked lagi je.sayang wwoooo...aritu dah kena (2x kali lak tu),jadi ambik iktibar la kan dgn apa yg dah terjadi.

so jom kita tengok apa yg eoe Online tawarkan utk kita....

Why online photo printing with eoe Online?

eoe Online lets eoe Online members upload digital photos conveniently and place print orders easily. eoe Online also produce high-quality prints, offer low per-print prices, charge reasonable shipping costs, deliver prints quickly and provide additional services, such as photo gallery and photo greetings.



E-print

Tak tau camne nak order? jangan risau..E-print di eoe Online menyediakan 3 cara mudah utk memproses order kita.juz follow the instructions..



Promotion

With each 4R print at only RM0.30 (current promotion) and free delivery* for orders above RM35.00, you’ll get your money worth! No additional charge! Not forgetting the time you saved traveling too! So why wait?



Photo Express Software

Penggunaan Photo Express Software yg bolehkan kita m'upload gambar dgn cepat dan mudah.terdapat fungsi 'Auto Upload Resume' dan 'Photo Resizing'...sungguh menjimatkan masa dan memudahkan proses printing gambar..



Online Photo Album

Simpan dan kongsi gambar2 secara atas talian kat Online Photo Album.tiada limit saiz..hah! apalagi...jom la kita beramai-ramai buat album kat sini..



Aktiviti utk bloggers

nak dapat gambar free tak? apa kata join Blogger's Review Program.juz review mengenai eoe Online dan anda akan dapat 50 keping gambar 4R dan dua keping gambar 8R secara percuma..senang kan? rugi wwooo kalau tak join ni tau..

huhu...best! best! confirm pasni ayu pi cuci gambar kat eoe Online ni.kawan2 bila lagi???

Thursday, October 15, 2009

Si Comel Berbaju Raya Contest

Salam seme...


N3 hari ni out of topic ye.takde kena mengena dgn decoupage or yg sewaktu dgnnya.tp N3 kali ni b'kisar pasal Si Comel Berbaju Raya Contest anjuran BabyIbu . semalam masa jejalan cuci mata kat blog2 yg jual baju baby,skali ternampak la contest ni.menarik! tgk tarikh tutup...sempat lg w/pun dah last minit.takpela...kita try dulu.mana tau nama naik,alhamdulillah...rezeki anak2.

Hm...xcited sebenarnya tgk anak-anak pakai baju melayu n baju kurung masa raya aritu nak2 si faris coz 1st time tengok dia pakai baju melayu siap b'songkok b'sampin bagai.ainnur lak bangun2 je pagi raya tu dah ckp...nak pakai baju kurung.kita tumpang sronok bila tgk dorg b'gaya dlm pakaian tradisi.lupa lak nak gitau...dalam contest ni ayu masuk both kategori A (boys) & B (girls).so wish me luck huh!

Ainnur Nadzirah, 3 tahun 4 hari (11.10.2006)


Muhammad Faris, 1 tahun 8 bulan (09.02.2008)







Syarat2 penyertaan adalah spt di bawah :-


- Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda -Done
- Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini -Done
- Membuat entri mengenai contest ini diblog anda -Done
- Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu) - giler kuasa sat.upload more than 1.jgn mare ye juri...xcited sebenarnya ni
- Sila nyatakan nama si comel dan umurnya -Done
- Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor (no link back will be disqualified) -Done
- Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini -Done


Hadiah Bagi Kategori A:

Hadiah Pertama
- Casual Meg daripada Gin & Jacqie-Necklace by S daripada Sherry
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop


Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online


Hadiah Ketiga
-Eyeko: Silver shopper (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online


Hadiah Bagi Kategori B:

Hadiah Pertama
-Colorful Sally daripada Gin & Jacqie-Pretty Birdie Earrings daripada Niko
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online


Hadiah Ketiga
-Eyeko badges and postcard set (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online


Friday, October 02, 2009



Salam seme....



Selamat hari raya,maaf zahir & batin buat pengunjung blog ayu.terima kasih ayu ucapkan kerana masih sudi menjenguk umah ayu ni w/pun jarang2 sgt diupdate.pada mereka yg m'hantar e-card raya,t.kasih byk ye.maaf klu ayu lupa nak pi ambik kat umah u all coz dekat2 nak raya aritu mmg tak ol sgt.ni pun sebenarnya takde idea nak celoteh apa.nak boh gambar latest project....project pun masih rupa lama gak.takde tokok tambah...


so sementara tuan umah nak pujuk aka paksa diri ni supaya merajinkan diri m'update blog n menyiapkan projek yg t'bengkalai,kita layan dulu gambar permata hati ayu yg diambil masa raya aritu.zzaasssss.....